Jumaat, 5 November 2010

BE PART OF WINNING TEAM!!


~30/10/2010~tarikh yang cukup bermakna buat seluruh warga kelantan a.k.a kelate. pasukan bolasepak kelantan a.k.a THE RED WARRIOR telah membuktikan kejaguhan mereka apabila dinobatkan sebagai juara dalam saingan piala malaysia edisi 2010.. setelah penantian sejak lebih 80 tahun untuk membawa pulang piala yang paling berprestij di Malaysia itu, akhirnya gelaran juara piala Malaysia yang sulung dapat dicipta pada tarikh keramat tersebut..

~Kemenangan itu dilihat sangat bermakna buat penyokong THE RED WARRIOR kerana kemenangan tersebut adalah yang pertama setelah lebih 80 tahun penantian mereka.. dan kemenangan tersebut juga sejarah pahit manisnya yang tersendiri dari awal pertandingan..


SeJaraH SecaRa RingKas:

-Kelantan menamatkan saingan liga super di tangga ke-2 di bawah Selangor dengan perbezaan

4 mata.. (pada saingan liga super,kelantan hanya tewas dalam satu perlawanan sahaja

daripada 26 perlawanan,seri sebanyak 8 kali dan menang sebanyak 17 kali)

-kelantan diundi berada di kumpulan A dalam saingan piala Malaysia bersama-sama dengan

kL-Plus,PKNS,dan juara tahun lalu,negeri sembilan..

-Kelantan menjadi salah satu pasukan 'favourite' dalam saingan ini selaku naib

juara liga super..

-Permulaan saingan Piala Malaysia yang cukup hambar dengan kalah 1-0 kepada negeri

sembilan,dan seri dengan KL-pLus dan Pkns

-coach kelantan didesak oleh segelintir penyokong untuk meletakkan jawatan

-Melakukan peningkatan drastik pada perlawanan timbal balik dengan kuputusan

seri dengan negeri sembilan dan menewaskan Kl-pLus dan Pkns dengan bergaya..

-suku akhir pertama,kelantan terpaksa berhadapan dengan gergasi merah @

THE RED GIANT kerana menamatkan saingan kumpulan di tempat kedua,keputusan suku

akhir pertama,kelantan 0 - 0 selangor. terdapat kekecohan di stadium shahalam dan disinilah

bermulanya peranan media untuk memburukkan penyokong kelantan walaupon hakikatnya

bukan mereka yang memulakan. secara rasmi:terdapat 1 kematian,iaitu arwah che karma~

Al-fatihah buat beliau.. dan khabar angin mengatakan,terdapat satu lagi kematian

penyokong kelantan,dikatakan akibat dipukul oleh fan selangor,walluhua'lam

(tetapi media yang sedia buta itu menjadi semakin buta untuk rakyat kelantan)

-suku akhir kedua,fan THE RED WARRIOR dengan perasaan kecewa memboikot

surat khabar yang dikenalpasti menyebarkan berita berat sebelah dan memburukan nama

penyokong kelantan,mereka juga mencabar penyokong-penyokong selangor untuk hadir ke

stadium sultan Muhammad ke-IV bagi menyaksikan perlawanan suku akhir kedua.

menurut sumber,cabaran tersebut bukan bertujuan untuk membalas kejadian yang berlakudi

shah alam sebelum itu,tetapi untuk menguji keberanian fan selangor untuk datang ke

stadium keramat THE RED WARRIOR..

-pasukan Kelantan berjaya mara ke pusingan separuh akhir apabila mengejutkan pasukan

selangor dengan jaringan 3-0,sekaligus mengulangi kehampaan selangor dalam saingan piala

Malaysia tahun lepas dan membuktikan prestasi pasukan kelantan lebih baik dengan

kemenangan pertama keatas selangor pada tahun 2010 setelah hanya seri dalam 3

perlawanan terdahulu..

-separuh akhir pertama,pasukan kelantan berhadapan dengan cabaran getir apabila berdepan

dengan pasukan kedah.pada tahun 2010,menyaksikan 4 kali pertemuan kedah dan

kelantan yang mencatatkan kelantan 2 kali kalah dan 2 kali seri.. 2 kekalahan tersebut di

stadiumsultan muhammad ke-IV..iaitu kekalahan pada saingan piala fa,kelantan kalah

dengan kelebihan jaringan kedah yang mendapat jaringan di tempat lawan,walaupun

keputusan seri 1-1 tetapi kelantan dianggap tewas,kekalahan kedua pula pada saingan liga

super pusingan pertama,separuh akhir pertama kelantan 0 - 0 kedah.

-sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir kedua dimulakan,skuad kelantan digongcang

kerisauan akibat keputusan penggantungan coach kelantan,sathia, oleh FAM selama 6 bulan,

penggantungan berpunca daripada masaalah 3 bulan yang lepas,persoalannya,kenapakah

bila tiba perlawanan penting kelantan,barulah keputusan penggantungan itu dibuat?

sedangkan mereka ada masa selama 3 bulan sebelum ini untuk membuat sebarang

keputusan.hukuman tersebut juga dikatakan zalim,kerana ianya di kenakan di atas sesuatu

yang langsung tidak boleh di kategorikan sebagai kesalahan,adakah salah komen diberikan

untuk mendapatkan yang sepatutnya? mungkin bagi FAM,ini salah,kerana sathia tu coach

pasukan kelantan,dan pasukan kelantan jugalah yang yang kalahkan pasukan anak emas die

-separuh akir kedua,sekali lagi stadium sultan muhammad ke-IV dihujani oleh penyokong2..

walaupun begitu,pasukan kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menjaringkan

gol tunggal perlawanan, keputusan akhir, kelantan 1 -0 kedah.. suatu penghargaan dan

anugerah patut diberikan kepada penyokong2 kedah dan kelantan,walaupun menyokong

pasukan yang berlainan,tetapi mereka amat mesra,sehingga boleh snap gambar dan

menyanyi bersama-sama,teruskanlah sikap ini..

-AKHIR-sekali lagi isu ditimbulkan,kali ini dengan kenaikan harga tiket final piala Malaysia,

Fam dilihat seakan-akan sengaja menaikkan harga secara tiba-tiba, dan alasannya?

tiket mahal barulah nampak berprestij perlawanan piala malaysia niee..lagikan

perlawanan dengan chelsea pon orang sanggup beli rm50..(dye bandingkan pulak kita

dengan chelsea.. tak malukah dia?),selain itu,isu penjualan tiket juga hangat diperkatakan

-rupanya,disebalik segala masaalah yang timbul..terselit suatu hikmah.. iaitu???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan