Sabtu, 6 November 2010

Al-Mahdi,Khalifah ke-5?

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wa barakathuh sebagai pembuka wadah..
,Bahawa seseorang ada bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Bilakah akan berlaku kiamat wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda: “Apa yang kamu sediakan untuk menghadapinya?"
Jawabnya: “Aku tidak sediakan untuknya sembahyang, puasa, dan sedekah yang banyak tetapi aku cintakan Allah dan Rasul-Nya.”
Sabdanya: “Kamu akan berada (dihimpun) bersama-samaku orang yang kamu kasihi.”
(Bukhari)

~seperti yang kita ketahui,kiamat adalah rahsia ALLAH,Rasulullah dan Jibril sendiri pon tidak mengetahui tarikh berlakunya kiamat..apatah lagi kita yang hina ini,yang sangat jauh daripada ALLAH.. catatan ini hanyalah suatu wadah ilmu untuk perkongsian bersama,dan tidaklah ia menjadi pengukur tentang jarak kita dengan kiamat dalam kiraan yang tepat.. jadikan ianya sebagai pelembut hati,pembakar semangat kalian.. yang pasti.. kiamat sudah dekat,dan pasti akan datang menggongcangkan seluruh makhluk,Wallahua'lam~

~AL-MAHDI @ IMAM MAHDI,tentu sekali ramai yang pernah mendegar ataupon membaca nama nea samaada sedar ataupon tidak sedar.. tetapi, tahukah kita, siapakah dia dan apakah implikasi di sebalik nama tersebut? siapakah dia? bilakah dia? mengapakah dia?

~nama sebenarnya adalah sama dengan nama Rasulullah iaitu Muhammad Bin Abdullah..dia berketurunan dari keturunan Rasulullah.peristiwa keluarnya Imam Al-Mahdi dikatakan bukanlah sebahagian tanda besar kiamat,tetapi merupakan salah satu sempadan antara tanda kecil dan tanda besar kiamat..dengan kata lain,tanda-tanda besar kiamat akan berlaku selepas keluarnya Imamul Al-mahdi..

~لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ

رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي

يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)


~sebelum kemunculan Imamul Mahdi,terdapat beberapa tanda yang diterangkan kepada kita,untuk membezakan ianya Al-Mahdi sebenar ataupun yang palsu.. tanda2 nya ialah:

-berlakunya kesesatan yang berleluasa*
-manusia sudah tidak memperdulikan halal dan haram*
-berlaku kekacauan(peperangan) di bulan syawal* 1976-1980 ~peperangan iran-iraq yang berlaku pada 3 bulan yg disebutkan di dalam hadis..
-pendudukan afganistan* 1969-1979 ~afghanistan telahpun diduduki oleh tentera russia,pada tarikh tersebut.
-keringnya sungai euphrat_* ~pada waktu ini,berhampiran sungai ini sedang dijalankan suatu pembangunan,dan sungai euphrat telahpun menjadi semakin surut.
-terjadinya 2 gerhana di bulan ramadhan* 1981&1982 ~pada tahun ini,di bulan ramadhan,terjadi gerhana bulan dan gerhana matahari~
-munculnya bintang berekor panjang dari timur ke barat* 1986~tahun ini berlaku kejadian lintasan komet halley yang dikatakan paling dekat dengan bumi,komet ini merupakan bintang yang bersinar terang melintasi bumi dari timur ke barat.. sudah tentu ianya berekor panjang,lebih-lebih lagi apabila melintasi bumi dengan jarak yang begitu dekat..
-penyerbuan ka'abah dan berlaku pertumpahan darah* 1979 ~ 20 november 1979=1 muharram 1400 hijrah,berlakunya satu serangan di Masjidil Haram,oleh puak-puak militan (menurut info,ketuanya juhaiman bin muhammad) maka tercetuslah peperangan antara tentera arab saudi dan puak militan tersebut..
-terlihat api di timur* 1991 ~selepas penaklukan iraq keatas kuwait,sebuah kebakaran besar yang tersebar melintasi kuwait sehingga ke teluk parsi telah berlaku,pembakaran ini berpunca daripada tentera iraq yang membakar telaga-telaga minyak kuwait.
-tanda dari matahari__* ~mengikut kajian terbaru saintis,pada tahun 2013,akan berlaku satu letusan di matahari,langit akan kelihatan kemerah2an dan letusan itu akan menggangu kestabilan bumi,dan juga mengganggu medan magnetic bumi..,menyebabkan teknologi bumi lumpuh sepenuhnya.. satelite,internet sehingga kereta pun tidak akan berfungsi selepas ledakan tersebut..

maklumat:*=perkara yang telahpun berlaku dan ianya hampir sama dengan tanda-tanda sebelum kemunculan AL-mahdi,
:_*=kejadian yang sedang berlaku
:__*=kejadian yang dijangka akan berlaku.

~akan ada suatu masa,tentera rom akan melakukan genjatan senjata dengan islam dan membuat persepakatan,untuk menggabungkan kuasa antara tentera rom dan tentera islam bagi melawan suatu kuasa yang merupakan musuh mereka.pertempuran tersebut berlangsung dengan sengitnya yang memaksa seluruh kepakaran dan teknologi terpaksa digunakan dan menyebabkan keseluruhan teknologi musnah sama sekali,peperangan ini ialah peperangan dunia ke-3 atau lebih dikenali sebagai 'ar-mageddon'.akhirnya tentera gabungan rom dan islam berjaya menumpaskan musuh tersebut, di dalam perjalanan pulang, seorang tentera rome mengangkat salib dan melaungkan "sesungguhnya salib telah menang!",maka itu menimbulkan rasa tidak senang dikalangan tentera muslim, lalu salah seorang daripada mereka telah bangun dan menegur perbuatan tersebut kerana peperangan itu adalah daripada hasil gabungan tentera rome dan islam,jadi amatlah tidak wajar untuk mengatakan salib telah berjaya.. apabila tiba di sebuah tempat,maka berpecahlah mereka untuk pulang ke tempat masing-masing.. namun,puak-puak islam tidak menyedari bahawa kepulangan tentera rome itu adalah dengan rasa dendam.mereka merangcang untuk mengkhianati puak-puak muslim.kaum rome memulakan rangcangan mereka dengan bersepakat untuk mengumpulkan sebanyak yang mungkin bala tentera,mereka dikatakan mengumpul bala tentera dalam masa 9 bulan.
di waktu ini lah imam Al-Mahdi akan muncul untuk memimpin kaum muslim bagi menghadapi serangan dari puak rome.pada masa tersebut,peperangan kembali menggunakan pedang,panah,dan lembing. sebelum serangan daripada puak rome,tentera muslim yang di pimpin oleh Al-Mahdi terlebih dahulu belawan dengan beberapa blok musuh dari seluruh dunia, antaranya ialah,musuh dari puak komunis,dan musuh dari puak syiah.. setelah sembilan bulan berlalu,maka tibalah giliran peperangan terbesar berlaku..iaitu peperangan melawan kaum rome..peperangan ini dikenali sebagai,al-malhamah al-kubra..peperangan ini juga digelar sebagai peperangan semesta.. kaum rome memerangi kaum muslim dengan bilangan tentera yang cukup ramai.. mereka mempunyai 80 bendera dengan kekuatan tentera seramai 18000 @ 180000 orang di bawah setiap satu bendera.. peperangan tersebut teramat sengit dimana 1/3 tentera islam akan melarikan dirib yang mana dosa mereka tidak akan diampunkan oleh ALLAH,1/3 akan syahid dan 1/3 yang akan menang dan dikatakan sangat bertuah bagi sesiapa yang dapat melihat harta rampasan perang tersebut yang tersangat banyak.. dikatakan,pada peperangan tersebut,beburung yang melintasi medan peran tersebut,akan mati dek bunyi bising pedang yang berhentakan tersebut.. kuda tunggangan akan lemas di dalam darah.. WALLAHUA"LAM.. bunyi pedang hanya akan berhenti setelah menjelangnya malam,dan keesokkan hari nya,bunyi tersebut akan kedengaran semula,begitulah seterusnya,sehinggalah,tentera Al-Mahdi memenangi peperangan tersebut..
setelah memenangi peperangan tersebut,maka,mereka menyandarkan pedang mereka di sebatang pohon.. setelah itu, datanglah seorang pemuda berlari-lari dengan menjerit.. bahawasanya dajjal telah keluar. WALLAHUA'LAM.

~insyaALLAH bersambung PART "AL-MASIKHUDDAJJAL,DAN AL-MASIH IBN MARIAM"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan